Kudeta Intro

Kudeta Intro
Genre:
Pages:
313
Language
Goodreads Rating:
4.08
Published:
2009 by PTS Fortuna

Semuanya bermula tatkala sebuah pesawat pejuang milik tentera Singapura ditembak jatuh di Filipina. Pihak pejuang pemisah yang bermusuhan dengan kerajaan Filipina dituduh bertanggungjawab. Setelah diselidiki, senjata yang digunakan untuk menjatuhkan pesawat Singapura itu dibangunkan oleh sebuah syarikat milik seorang rakyat Malaysia bernama Arman. Tidak perlu tunggu lama untuk Malaysia turut terheret dalam konflik pra-peperangan tiga penjuru ini. Arman kini berdepan dengan masa. Dia perlu melarikan diri dan mengejar dalam masa yang sama untuk membuktikan dirinya tidak bersalah. Dalam masa yang sama membongkar siapa dalang yang mahukan tiga negara ini bertelagah. Lebih dari itu, kunci api peperangan antara tiga negara berada di tangannya. Kemudian muncul seorang gadis bernama Adrienne...